WordsWrittenFromTheHeart

This Blog Is Created With The Intention To Share My Inner Thoughts And My Perception Towards One’s Life.

Name:
Location: Puchong, Selangor, Malaysia

Wednesday, March 22, 2006

TAMAN PUJAAN HATI KU

Dalam meneruskan perjalanan ini,
Yang dipenuhi dengan, onak dan duri,
Sampai aku,
Kepersimpangan, lalu
Aku teruskan perjalananku tanpa berfikir panjang,

Sungguh gah kakiku melangkah,
Dengan semangat yang berkobar-kobar,
Untuk memburu cita-cita,
Yang terpendam sekian lama,
Aku terhenti seketika,
Terkaku,
Terpaku,
Kagum,
Hairan,
Terpesona,
Tidak ku sangka,
Akan ku jumpa Taman sedemikian rupa,
Sungguh indah,
Sungguh sempurna,
Mewangi dan harum,
Lalu, aku menjadikannya...Taman idamanku

Taman ini bukan sembarangan,
Taman ini Taman Hikmat,
Taman ini Taman Sakti,
Taman ini Taman Keramat,
Taman ini syurga dunia,

Lalu aku terleka dan terlupa
Akan nawaitu ku
Akan asal ku
Akan cita-cita ku
Dan
Aku terlalu asyik
Melayani perasaanku
Berlari kesana kemari
Sesuka hati
Kurasakan dunia ini milikku
Ku merasakan nikmat yang belum pernah ku rasa
Tetapi,
Yang bermula pasti berakhir
Berakhir kerana kesilapan ku,
Berakhir kerana kegagalan ku,
Berakhir kerana mungkin takdirnya sebegitu,

Setiap sesuatu ada penghujungnya
Tanpa kusedari
Dalam keasyikan
Dalam kesukaan
Dalam keriangan
Yang dilalui
Aku telah sampai ke penghujung taman
Perjalanan masih perlu diteruskan

Ku melangkah keluar daripada taman itu
Dengan hati yang gusar
Gundah gulana
Risau,
Takut,
Sedih
Akan tetapi
Ku gagahi jua, kerana aku sedar
Ianya bukan milikku
Tidak mungkin menjadi milikku

Aku melemparkan pandangan ku ke arah Taman pujaanku
Dapat ku lihat akan bayang-bayang
Kehadiran orang baru
Oh tidak.. tidak...tidak
Menjerit hatiku
Meronta batinku
Memberontak aku

Sendirian
Apa kan daya
Ku tiada berkuasa
Hanya berlinangan air mata
Melihat Taman pujaanku
Bakal menjadi
Milik orang lain

Apa yang hendak ku lakukan
Kepada siapa hendak ku jelaskan
Kepada siapa hendak ku katakan
Kepada siapa hendak ku mengadu

Oh tuhan, tolonglah, tolonglah hamba mu ini
Oh tuhan, aku berdoa padamu
Agar Taman pujaan ku
Akan dijaga, disiram dan dibaja
Dengan sempurna oleh pengganti ku

Taman pujaanku
Akan ku kenang mu
Selama-lamanya
Sehingga akhir hayatku
TAMAN PUJAAN HATI KU..........ABI 06

0 Comments:

Post a Comment

<< Home