Perjalanan Masih Jauh
Perjalanan masih jauh…
Meniti liku – liku kehidupan yang penuh ranjau
Mencari yang tidak kelihatan
Menanti yang tidak pasti…
Mengharapkan keajaiban…..
Yang datang bersama pelangi…..
Perjalanan perlu diteruskan,
Yang bermula…perlu berterusan…
Yang berterusan…perlu berakhir….
Soalnya…..Di mana penghujungnya….?
Atau…penghujung itu….satu permulaan baru….?
Persoalan semakin ke pergunungan…..
Memuncak tiada kesudahan…..
Jawapan yang dicari…jauh panggang dari api….
Samalah dengan harapan melihat pelangi di malam hari
Harapan tidak harus putus….
Usaha tidak harus bernoktah….
Kesudahan usia hanya Tuhan yang tahu…
Lumrah alam menjadi tauladan….
Hukum Yang Esa…..menjadi pedoman
Kerana….perjalanan masih jauh….......ABI 06

0 Comments:
Post a Comment
<< Home